SUARA HELWA

Mengimbas Kejayaan, Mempersiap Kekuatan, Menerus Perjuangan.Ayuh kita menyahut seruan JIHAD!

Friday, January 20, 2006

::LONTARKAN LUAHAN AKALMU!::


::email sahabat::

assalamualaikum...
ini merupakan kiriman emel dari sahabat kita yang saya kira menarik untuk kita renungkan bersama dan adalah sangat baik jika kita dapat berdiskusi tentang isu-isu wanita di blog ini. Wallahua'lam.

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Could somebody who view the programme could update me about the subject matt8r.If not mistaken, pengacara Wardina does not agree with SIS's view. Sorry tak sempat nak view the programme via internet from Nottingham. Power SIS nie up to the extend being invited by TV3 to say something about Islam.Agaknya tiada wakil dari PKPIM, ABIM or Dewan Ulama' that more capable to discuss the matt8r.Probably PKPIM, ABIM, should train people that capable of present / participate in TV programmes....
WaAllahu A'lam
Wassalam N C U L8r Suffian sahabat from Nottingham

Oleh SAIDATUL AMANI> > *KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) -
*Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam. Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari Jumaat lalu. Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja. Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja. Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung. "Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang jahil tentang Islam," katanya. Menurut beliau, dari segi hukum orang yang mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada nas yang jelas. Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam. Beliau berharap pihak kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak akan merosakkan akidah mereka. "Saya sedih kumpulan seperti ini diberi peluang bercakap tentang hukum Islam. Kumpulan seperti ini jika bercakap tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya. Tambahan pula katanya, umat Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah. Menurut beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam. Sebaliknya tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea barat atau mereka yang memusuhi agama.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home