SUARA HELWA

Mengimbas Kejayaan, Mempersiap Kekuatan, Menerus Perjuangan.Ayuh kita menyahut seruan JIHAD!

Tuesday, March 07, 2006

::INFO TERKINI::

::Info Terkini::

Ceramah Umum HELWA Bersama Ustazah Fauziah Sani.

Tajuk: Penghayatan Al-Ma'thurat dan tafsir Al-Qurtubi
Tarikh: 11 MAC 2006
Masa: 2.30 Ptg
Tempat: Surau Anjung Rahmat

Kedatangan anda adalah pelaburan anda untuk ahri akhirat.

Monday, March 06, 2006

::INFO TERKINI::

::info terkini::

Kulliyah Tahrirul Mar'ah dan Qiyamullail
Tarikh: 10 Mac 2006
Masa: 09.00 Mlm
Tempat: FEDEC - Family Development Center (PPW)
****Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM2


Bersama kita memeriahkan Kulliyah Tajrirul Mar'ah dan Qiyamullail...

Sebarang pertanyaan, hubungi : Sekretariat HELWA
Pn Siti Aidil
03-61880300


Monday, February 13, 2006

::LONTARKAN LUAHAN AKALMU!::

::Duhai Hawa::

DUHAI HaWa...Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah ...

1. Wanita berwawasan.

2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.

3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.

4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.

Kemuliaan manusia hanyalah dalam agam. sejauh mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.

"Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya.


"WANITA YANG MULIA DALAM PANDANGAN ALLAH".

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya.

"Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami merek...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

KELEBIHAN WANITA


Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.

"Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.

5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.


PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepad kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama keran merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...


KEMULIAAN ISTERI DALAM ISLAM

1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih & isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.

2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah & menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga & menunggang suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.

3. Wanita yang menjaga solat, puasa & taat pada suaminya, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

4. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat.

5. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas & wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

6. Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

7. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

8. Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang & suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.

9. Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad

KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.

Ali k.w. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.

"Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Na'uzubillahi min zalik.

Thursday, February 02, 2006

::LONTARKAN LUAHAN AKALMU::


::6 Pesanan untukmu wanita::
Oleh :ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur bacaHadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yag soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah di amalkan.

Semoga mendapat manafaat..
Wallahua'lam

Friday, January 20, 2006

::LONTARKAN LUAHAN AKALMU!::


::email sahabat::

assalamualaikum...
ini merupakan kiriman emel dari sahabat kita yang saya kira menarik untuk kita renungkan bersama dan adalah sangat baik jika kita dapat berdiskusi tentang isu-isu wanita di blog ini. Wallahua'lam.

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Could somebody who view the programme could update me about the subject matt8r.If not mistaken, pengacara Wardina does not agree with SIS's view. Sorry tak sempat nak view the programme via internet from Nottingham. Power SIS nie up to the extend being invited by TV3 to say something about Islam.Agaknya tiada wakil dari PKPIM, ABIM or Dewan Ulama' that more capable to discuss the matt8r.Probably PKPIM, ABIM, should train people that capable of present / participate in TV programmes....
WaAllahu A'lam
Wassalam N C U L8r Suffian sahabat from Nottingham

Oleh SAIDATUL AMANI> > *KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) -
*Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam. Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari Jumaat lalu. Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja. Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja. Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung. "Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang jahil tentang Islam," katanya. Menurut beliau, dari segi hukum orang yang mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada nas yang jelas. Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam. Beliau berharap pihak kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak akan merosakkan akidah mereka. "Saya sedih kumpulan seperti ini diberi peluang bercakap tentang hukum Islam. Kumpulan seperti ini jika bercakap tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya. Tambahan pula katanya, umat Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah. Menurut beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam. Sebaliknya tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea barat atau mereka yang memusuhi agama.

salam ukhuwwah...

assalamualaikum...

Pertamanya, terima kasih buat adik 'penahelwa' yang berusaha untuk merekabentuk blog khasHELWA ABIM sebagai alternatif kepada HELWA net yang mengalami sedikit masalah kebelakangan ini. Diharapkan agar alamat blog ini dapat dipanjangkan buat rakan-rakan kita samada di negeri-negeri dan juga daerah-daerah agar ia menjadi medan buat kita bertukar-tukar maklumat, pandangan, berdiskusi dan saling berkenal-kenalan dengan lebih akrab lagi.

Sebarang komen, kritikan membina dan penambahbaikan amat dialu-alukan. Semoga dimensi dakwah kita akan menjadi lebih kreatif, efektif dan dihidupkan dengan penuh hikmah dan ceria di alam maya ini.

Salam ikhlas,
Nor Azura Kamarudin Sohami
Setiausaha Kehormat 1
HELWA ABIM Pusat2005-2007

Thursday, January 19, 2006

::INFO TERKINI::

::MAJWA::

Tarikh : 21 Januari 2006
Tempat : Bilik MEsyuarat 1,
Dewan Anjung,
Anjung Rahmat.
Masa : 3.30 ptg - 7 mlm

Kepada yang terlibat harap dapat memberikan kerjasama yang terbaik.
Semoga semua usaha kita yang berniat kerana Allah dikira sbg amal baik disana.
InsyaAllah,
Wassalam.

Friday, January 13, 2006

::INFO TERKINI::

.:Usrah HELWA ABIM pusat bersama HELWA ABIM keramat dan HEWI UIA :.

Assalamu'alaikum.
Bertemu kembali, pena mendapat arahan untuk memaklumkan kepada antunna semua mengenai usrah yang akan diadakan pada:

Masa: Solat 'Asr bersama sehingga 7.30
Tarikh: 14 Januari 2006
Hari: Sabtu
Tempat: Kediaman Dr. Haslina Ibrahim
No 18, Jln AU 3/7A,
Medan Sri Keramat,
Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.Kehadiran anda sumbangan untuk hari akhirat anda.
Wassalam

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Assalamu'alaikum semua.
Coretan pertama dari pena helwa, semoga dengan kewujudan wahana baru ini dapat memudahkan perjalanan dakwah kita. InsyaAllah diharap agar semua dapat menggunakan saluran ini sebaik mungkin. Sesungguhnya setiap tenaga yang kita keluarkan kerana perjuangan ini, ia itu perjuangan menegakkan kalimah Allah, InsyaAllah ganjarannya disana kelak.
Hingga bertemu lagi..
p/s : Sekiranya anda mempunyai apa-apa cadangan artikel sila hubungi terus pena helwa di
mujahidah_mentari@yahoo.com
Wassalam

::VISI DAN MISI HELWA::

::Perjalanan Dakwah::

VISI HELWA

Ke arah menjana kecemerlangan peranan wanita dalam usaha melahirkan tamadun khaira ummah.

MISI HELWA

HELWA akan bergerak berasaskan pendekatan integratif mencakupi aspek fizikal, mental, rohani dan intelektual dalam usaha melahir dan membina kelompok wanita yang berwibawa dan mampu memahami, mengaplikasi dan memaksimumkan peranan masing-masing.


HALATUJU


HELWA akan berusaha meneruskan cita-cita murni dan usaha ABIM dalam merealisasikan visi dan misinya melalui objektif-objektif berikut :

1. Mengembalikan kegemilangan peranan wanita dengan bergerak secara berkelompok.

2. Memperluas dan memperkukuh rangkaian jaringan di dalam dan luar negara.

3. Menggiatkan agenda pengkaderan dan menggilap karisma kepimpinan wanita.

4. Memperkukuh dan menyelaras pembangunan organisasi di peringkat pusat, negeri dan daerah.

5.Mempertingkatkan usaha pembinaan rohani dan intelek melalui tarbiyah, taa’lim dan penyelidikan.

6.Memantapkan ilmu asas pembinaan generasi dalam usaha membangun keluarga dan masyarakat.


Kumpulan Sasaran

>Belia Wanita
>Berkarier / bekerja
>Remaja dan Wanita IPTA / IPTS
>Ibu-ibu dan surirumah
>Wanita dan remaja bermasalah
>Kanak-kanak.

::ORGANISASI HELWA PUSAT::

::Saf pimpinan helwa abim pusat 2005-2007::

Naib Presiden ( Ketua HELWA)
Dr. Mastura Badzis

Timbalan Ketua HELWA
Dr. Haslinda Abdullah

Setiausaha Kehormat 1
Nor Azura Kamarudin Sohami

Setiausaha Kehormat 2
Maria Kamel

Bendahari
Normazita Ismail
Noor Haslinda Hashim

Setiausaha Kerja
Siti Aidil Mohd Yunus


Pembangunan Organisasi
Maria Kamel
Dr. Noraini Ariffin

Dakwah dan Tarbiyyah
Dr. Haslina Ibrahim
Nurfaridah Abu Samah

Pembangunan Keluarga dan Komuniti
Fadhlina Siddiq
Izan Khairana Abd Majid

Dana dan Ekonomi
Intan Nor’adlin Badarudin
Kamisah Sulaiman

JK Khas Kesihatan dan Perubatan

Dr. Rosilawati Abd Ghani
Nurulniza Zaini

IT, Penerangan & Suara HELWA
Hafidah Hali
Noorul Shamsiah Bt Mohamed Ali

Kaderisasi & Latihan
Dr. Haslinda Abdullah
Hilwah Izwah Husain

Penyelidikan
Dr. Mastura Badzis
Aishah Hanim Ab Karim


JK Khas PPW
PM Dr. Nor Zuraida Zainal
Nor Azura Kamarudin Sohami